Mengapa memilih bidang perguruan?
Ramai yang agak mempersoalkan tentang keputusan saya memilih kerjaya perguruan. Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya adalah disebabkan saya melihat bidang pendidikan mempunyai banyak mempunyai banyak kebaikan dari sudut dunia dan akhirat. Saya percaya bahwa semua menyedari yang kehidupan kita di atas muka bumi ini singkat dan bumi ini juda adalah ladang mencari pahala. Jadi saya melihat kerjaya sebagai GURU sebagai ldang untuk saya menuai hasil pahala sebagai saham saya di akhirat kelak. Insya Allah..
Perkembangan Kerjaya sebagai seorang guru
Saya telah menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada Ogos 2009. Sebelum posting, saya telah bekerja sebagai guru ganti di SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik bagi menggantikan guru yang sedang bersalin. Ketika itu saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek Perdagangan, Sejarah dan English. Walaupun tempohnya hanya 2 bulan namun ia tetap merupakan pengalaman yang indah kerana ia merupakan langkah awal saya untuk menjadi seorang pendidik.
Setelah tamat kontrak sebagai guru ganti, saya telah dipanggil untuk posting pada 26 Oktober 2009 di salah sebuah sekolah di Gerik iaitu SMK Batu 4. Walaupun saya adalah opsyen Kimia dan Matematik, namun saya tidak pernah berpeluang untuk mengajar subjek opsyen memandangkan kelas aliran Sains Tulen hanya ada 2 kelas iaitu Tingkatan 4 sekelas dan Tingkatan 5 sekelas. Makanya, sorang guru sudah memadai unutk mengajar Kimia. Pada tahun pertama berkhidmat sebagai guru, saya ditugaskan untuk mengajar subjek Sains Tingkatan 1 dan 2 serta Sejarah Tingatan 3. Saat itu, saya menjadikan amanah untuk mengajar 2 kelas PMR bagi subjek Sejarah sebagai cabaran kerjaya saya. Dan alhamdulillah, keputusan peratus lulus PMR bagi subjek Sejarah pada tahun terssebut meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tahun kedua, saya masih lagi mengajar subjek yang sama tapi pada waktu saya memohon untuk mengajar subjek Sains Tingkatan 3 dan saya diberikan peluang itu. Pada tahun tersebut agak memberi cabaran kepada saya kerana perlu membahagikan masa untuk kelas tambahan dan fokus bagi 2 subjek yang berlainan dalam PMR iaitu Sains T3 dan Sejarah T3. Pendek kata, pelbagai subjek telah diamanahkan kepada saya untuk mengajar termasuklah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral dan Literasi Komputer, namun tidak pernah sama sekali untuk opsyen saya.
Kini sudah masuk tahun keempat saya berkhidmat di sini. Banyak cabaran dan kenangan yang indah sepanjang kerjaya saya sebagai guru di sini. Cuma satu sahaja impian saya di sini, saya ingin menjadi sorang guru kimia kerana saya saya sayangkan subjek ini. Moga saya diberi peluang untuk menjadi guru kimia seperti rakan-rakan seperjuangan saya yang lain ataupun berkhidmat dalam bidang kimia mungkin sebagai pensyarah di Maktab Perguruan mahupun Universiti...insyaAllah...
| saya bersama pelajar-pelajar di Hari Guru |
0 orang komen:
Post a Comment