Pages

5/10/2013

Refleksi Minggu 8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat tersayang ^__^

Pembentangan minggu ini adalah mengenai Prezi dan Microsoft Powerpoint oleh Kumpulan 7 dan 8.

PREZI
Saya begitu teruja dan seronok untuk mempelajari perisian Prezi kerana saya pernah mendengarnya namun maish tidak berpeluang untuk explore. Terima kasih kepada kumpulan 7 atas perkongsian ilmu mengenai Prezi ini.

Melalui Prezi, ia memberikan nafas baru kepada persembahan, di mana ia menigntegrasikan pelbagai efek dan animasi, serta menyokong fungsi zoom padanya, membolehkan sesuatu persembahan itu lebih menarik dan mendapat tumpuan ramai. Seperti semua sedia maklum, memastikan fail persembahan itu menarik merupakan salah satu perkara dalam menarik para penonton melihat persembahan anda, selain daripada gaya dan persembahanPengguna juga boleh menarik video-video YouTube, fail PDF dan media-media lain, menjadikan persembahan lebih interaktif.




ADVANCED MICROSOFT POWERPOINT

Kumpulan saya diberi tugasan untuk melaksanakan "Peer Teaching" mengenai Microsoft Powerpoint. Memandangkan perisian ini sudah biasa digunakan oleh semua orang, jadi kami telah memilih untuk mengajar rakan-rakan menggunakan aplikasi VBA dalam powerpoint. Secara umumnya, banyak aplikasi yang boleh digunakan dengan menggunakan macros seperti drag and drop, crossword, labelling dan sebagainya. Ianya sangat menarik sekiranya berjaya disiapkan kerana akan menampakkan persembahan powerpoint kita lebih interaktif. 





0 orang komen:

Post a Comment