Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat tersayang ^__^
Apa yang menarik dalam kelas SKP6024 ini ialah saya dan rakan-rakan akan mengajar satu sama lain dan tidak bergantung kepada pensyarah 100%. Ini apa yang kita panggil sebagai konsep "Peer Teaching". Kelebihan pengajaran dan pembelajaran melalui "Peer Teaching'
'ini ialah kami lebih selesa untuk berbincang, bertanya dan saya lihat pembelajaran seperti ini akan melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas. Setiap kumpulan perlu mengajar dan membincangkan penggunaan software yang telah dipilih pada minggu lepas mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut :
No.
|
Software/Tools
|
Group
|
Week
|
1.
|
Blogspot
|
1
|
3
|
CamStudio
|
4
| ||
2.
|
Picasa
|
2
|
5
|
3.
|
Microsoft Publisher
|
4
| |
4.
|
ChemSketch
|
3
|
6
|
5.
|
OneNote
|
7
| |
6.
|
Moviemaker
|
5
|
7
|
7.
|
Powerpoint presentation
|
6
| |
8.
|
Preezi
|
8
|
8
|
Melihat sahaja pada bentuk-bentuk software yang akan dibincangkan sudah cukup membuatkan diri saya benar-benar teruja untuk mempelajari ilmu teknologi melalui perkongsian ilmu ini.
PEER TEACHING 1 : BLOGSPOT
Pada minggu ini, saya telah mempelajari cara-cara membina blog daripada Kumpulan 1. Memandangkan sebelum ini saya sudah mempunyai akaun sendiri untuk blogspot, jadi pembelajaran hari ini adalah lebih mudah difahami. Bagi pendapat saya, setiap guru perlulah mempunyai blog pembelajaran masing-masing kerana sistem pendidikan kita sekarang juga dalam usaha mempraktikkan Frog VLE dalam pembestarian sekolah. Blog merupakan salah satu medium yang boleh kita digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Namun demikian, kekangan berlaku apabila berlakunya masalah server yang lambat dan kekangan masa guru itu sendiri.
0 orang komen:
Post a Comment