Pages

5/10/2013

Refleksi Minggu 7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat tersayang ^__^

Pada minggu ini, saya dan rakan-rakan telah mempelajari dua lagi free software iaitu Windows Live Movie Maker dan  juga Microsoft OneNote. Terima kasih kumpulan 5 dan 6 atas tunjuk ajar ini.

WINDOWS LIVE MOVIE MAKER


Perisian Movie Maker bukanlah sesuatu yang asing bagi saya kerana sudah biasa menggunakannya. Movie maker adalah satu software yang digunakan untuk membentuk media persembahan dengan mudah. Ia sememangnya ringkas, senang untuk digunakan dengan interface ringkas dan melalui editor video ia membantu anda untuk mengkombinasikan gambar, video dan muzik/lagu dan memberi kesan-kesan yang menarik bagi membentuk satu video yang menarik kepada pengguna.

Namun kekangan dari segi format untuk menyimpan fail video adalah terhad iaitu dalam bentuk WMV sahaja dan proses penyimpanan agak lama jika fail sedikit besar. Oleh hal sedemikian, saya lebih suka menggunakan perisian Ulead Video Studio 11 kerana lebih banyak aplikasi berbanding Movie Maker. 

MICROSOFT ONENOTE

Microsoft OneNote merupakan salah satu keluarga dari Microsoft Office, fungsinya adalah sebagai organizer/notebook yang berguna untuk menyimpan catatan-catatan kita. Software ini masih jarang digunakan, seringkali orang hanya menggunakan Microsoft word, Microsoft Power Point, atau Microsoft Excel, padahal Microsoft OneNote juga merupakan software yang penting dan banyak manfaat serta kelebihan-kelebihannya. Untuk itu, jom kita berkenalan dengan Microsoft OneNote ini.



0 orang komen:

Post a Comment