Pages

5/10/2013

Refleksi Minggu 6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat tersayang ^__^

Pada minggu ini, saya telah berpeluang berkongsi ilmu teknologi mengani dua lagi free software iaitu menggunakan Microsoft Publisher dan ChemSketch.

MICROSOFT PUBLISHER


Apa itu Microsoft Publisher? Ianya ialah salah satu perisian percetakan meja di mana ia boleh digunakan untuk menghasilkan bahan cetak seperti buku program, broshur, kad jemputan, kalendar dan sebagainya.

Sebelum mengenali Adobe Photoshope, perisian ini merupakan perisian pilihan saya sekiranya ingin merekabentuk buku program mahupun broshur untuk program-program di sekolah. Selain mudah digunakan, hasilnya juga menarik kerana di dalamnya telah disediakan contoh-contoh template yang ingin digunakan.

Di bawah ini ialah contoh broshur yang telah saya siapkan menggunakan Microsoft Publisher   yang memaparkan mengenai sekolah saya :


[ pandangan hadapan ]


                                                        [ pandangan belakang ]




CHEMSKETCH

ChemSketch adalah software yang digunakan untuk mengambar dan memodelkan struktur kimia seperti software ChemOffice. Software ChemSketch dapat mengambar struktur kimia dalam bentuk 2D dan 3D. Software ini sangat mudah digunakan, hanya dengan mengklik dan mendrag tool-tool yang tersedia untuk mengambar struktur yang diinginkan. Program ini juga menyediakan struktur asid amino, alkaloid, karbohidrat,  DNA/RNA, lab kit (semua alat radas kimia), orbital, steroid dan lain-lain lagi. 

Saya begitu teruja mempelajari aplikasi Chemsketch ini kerana ianya sesuatu yang baru bagi saya sebagai seorang guru sains / kimia. Mudahnya nak lukis peralatan eksperimen kerana semuanya telah tersedia. Perisian ini sesuai digunakan oleh semua guru kimia dalam pengajaran dan pembelajaran mereka masing-masing.

Bagi sesiapa yang ingin memuat turun perisian ini, bolehlah klik pada pautan di bawah :


Berikut adalah contoh-contoh aplikasi dalam perisian Chemsketch ini, anda juga boleh mencubanya!

Melukis alat radas dan struktur kimia

Melihat struktur kimia dalam bentuk 2D dan 3D


0 orang komen:

Post a Comment