Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat tersayang ^__^
Hai sahabat-sahabat tersayang, apa khabar?
Pada minggu ke -5 ini pula kami didedahkan dengan penggunaan satu lagi free software iaitu Picasa. Picasa adalah satu perisian Image Organizer yang diperkenalkan oleh Google. Pelbagai aplikasi yang diperolehi dalam picasa seperti mengubahsuai gambar dan video. Picasa 3 adalah salah satu perisian yang direka untuk menyusun dan menyunting gambar digital daripada komputer.
Selain itu, Picasa 3 juga menyediakan templat untuk menyunting video menggunakan gambar-gambar yang ada di dalam album Picasa tersebut. Terdapat banyak kelebihan menggunakan Picasa antara nya pengguna lebih mudah memuat naik gambar-gambar ke dalam aplikasi mel elektronik apabila memasukkan nya terlebih dahulu ke dalam album Picasa. Ini kerana tanpa menggunakan album Picasa 3, proses memuat naik gambar-gambar ke dalam mel elektronik akan mengambil masa yang agak lama. Selain itu, dengan aplikasi terbaru iaitu penyediaan templat untuk menyunting video menggunakan Picasa 3 menjadikan perisian ini lebih menarik.
Pada pendapat saya, penggunaan Picasa 3 ini tidaklah terlalu sukar namun para pengguna haruslah rajin mengeksplorasi perisian ini bagi memastikan proses menyunting gambar dan video lebih senang. Mungkin pada peringkat permulaannya kita akan merasa sedikit kekok, namun lama kelamaan kita akan menjadi lebih mahir. Apa yang menariknya dengan penggunaan Picasa 3 ini, para pengguna seperti para guru boleh menyunting gambar-gambar pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah dan menjadikan satu video yang menarik hasil suntingan gambar-gambar tersebut.
Bagi sesiapa yang ingin memuat turun free software ini, bolehlah klik pada pautan di bawah ini :
Selamat mencuba !!!
0 orang komen:
Post a Comment