Pages

5/10/2013

Refleksi Minggu 4


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat tersayang ^__^

Pembelajaran pada minggu ini adalah sambungan cara membina blog yang telah dipelajari pada minggu lepas. Ini kerana ilmu blog mengenai drop down menu yang agak sukar menyebaban berlakunya kekangan masa. Jadi, kali ini adalah sambungan belajar membuat 'Drop down Menu' untuk blog masing-masing. 

Kumpulan pembentang menyediakan nota ringkas yang membolehkan kami menyediakan drop down menu tersebut. Satu laman web disediakan oleh mereka bagi memudahkan kami untuk membina drp down menu. Sila klik pada pautan di bawah untuk memahami cara penggunaan dropdown menu dengan lebih mudah :


Untuk memasukkan drop down menu ke dalam blog adalah satu ilmu baru yang saya perolehi pada minggu ini. Sangat seronok dan agak mencabar untuk mempelajari membuat drop down menu ini kerana ia melibatkan 'coding' Html dan juga CSS. Perghhh..kalau silap sikit jek taip coding, habis jahanam semua..huhu. 

Bagi pendapat saya, dropdown menu ini adalah bagus untuk dimuatkan dalam sesuatu blog kerana ia menyediakan interface bagi memudahkan pengguna untuk mengakses ke sesuatu pautan mengikut kategori.

0 orang komen:

Post a Comment